Saturday, November 12, 2011

PROGRAM REKREASI PERDANA AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Program Rekreasi Perdana Agensi-Agensi Kerajaan telah diadakan pada 13 November 2011 (Ahad).  Aktiviti senamrobik telah bermula pada jam 8:00 pagi bertempat di Taman Gelora , Kuantan .
En Yahya bin Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang, hadir untuk memeriahkan program pada kali ini.  Program pada pagi ini juga turut disertai oleh pegawai-pegawai JPNP, pegawai PPD Kuantan, pengetua, guru besar, guru-guru penolong kanan, ketua-ketua bidang, kaunselor dan guru cemerlang.  Terima kasih kepada semua peserta yang telah menceriakan Taman Gelora pada pagi hari minggu.












Friday, October 7, 2011

Sambutan Merdeka Raya PPD Kuantan 2011

Kuantan, 24 September 2011.

     Majlis sambutan Merdeka Raya PPD Kuantan 2011 telah diadakan bertempat di Dataran PPD Kuantan.  Majlis yang bermula tepat jam 10.00 pagi itu telah diraikan dengan begitu meriah oleh warga pendidikan daerah Kuantan.  Pelbagai juadah telah disediakan untuk jamuan para pengunjung.  Antara makanan yang telah disediakan ialah nasi kerabu, nasi dagang, soto, laksa, dan pelbagai juadah yang begitu menyelerakan.
      Pada majlis berkenaan, Badan GPK HEM (Menengah) telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan minuman kepada para pengunjung.  Hasil kerjasama dengan Badan GPK Pentadbiran dan Badan GPK Kokurikulum, pelbagai minuman panas, sejuk dan air buah-buahan telah disediakan untuk menjadi penghilang dahaga para pengunjung.  Keadaan ini telah menjadikan gerai ini sebagai gerai yang paling popular dan paling diminati oleh para pengunjung pada hari tersebut.
     Dalam pada itu juga, seperti yang dijangkakan, gerai Badan GPK HEM tidak berjaya untuk merebut tiga tempat teratas 'Anugerah Gerai Ceria'. Bagi tahun ini, anugerah tersebut telah menjadi milik gerai Majlis Guru Besar (MGB).  Walau bagaimanapun, ketiga-tiga Badan GPK berkenaan telah mengambil kata sepakat untuk mempertingkat usaha agar anugerah ini tidak lagi terlepas ke tangan pihak lain pada tahun hadapan.
     Pihak jawatankuasa Badan GPK HEM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua GPK HEM yang telah hadir membantu dan memeriahkan majlis pada hari tersebut.  Terima kasih juga diucapkan kepada rakan kongsi, Badan GPK Pentadbiran dan Badan GPK Kokurikulum.  Semoga kita berjumpa lagi.
    



































Friday, September 23, 2011

Sambutan Merdeka Raya PPD Kuantan 2011

Makluman kepada semua GPK HEM di daerah Kuantan, tak kira di mana anda berada sekarang.
Anda dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011

Maklumat majlis berkenaan adalah seperti berikut :
Tarikh  : 24 September 2011 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Dataran PPD Kuantan

"Sama-samalah menyokong Badan GPK HEM sebelum Badan GPK HEM memberikan sokongan kepada anda"
Sekian, terima kasih.






.

Thursday, September 15, 2011

Berita Terkini

Kuantan , 14 September 2011 ( Rabu )

Badan GPK HEM Daerah Kuantan telah diaktifkan kembali dengan barisan kepimpinan baharu . Satu mesyuarat jawatankuasa telah diadakan di Bilik Mesyuarat  , SMK Paya Besar yang telah dipengerusikan oleh En Mohammad bin Che Ibrahim .

Barisan Kempimpinan Badan GPK HEM Daerah Kuantan 2011

Pengerusi : En Mohammad bin Che Ibrahim

Timbalan Pengerusi : En Fadzillah bin Hj Mohamed Tahir 

Setiausaha : En Zarapi bim Mat Yacob 

Penolong Setiausaha : Pn Hanita bt Kassim 

Bendahari : Pn Maznah bt Arifin 

Ahli Jawatankuasa 

En Wan Ahmad Shamsudin bin Abd Rahman 

En Mohd Nordin bin Omar

En Abdul Jani bin Md Tahar

En Pong 

En Yusof bin Kassim 

En Hazliman bin Ibrahim 

En Mohamad Nasri bin Mustafa Hilmi

En Nordin bin Hitam 

Mesyuarat telah memutuskan semua Guru Penolong Kanan HEM diminta untuk membayar sebanyak RM50 kepada bendahari sebagai yuran keahlian 2011 dan juga untuk menampung kos jamuan Hari Raya anjuran PPD Kuantan pada 24 September 2011 ( Sabtu )

Aktiviti Mutakhir

Semua GPK HEM dijemput hadir untuk memeriahkan Majlis Jamuan Aidil Fitri anjuran PPD Kuantan pada 24 September 2011 . Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Laman Blog Badan GPK HEM Daerah Kuantan yang akan diaktifkan sedikit masa lagi .

Sekian , terima kasih .
Terhad untuk edaran kepada GPK HEM, Daerah Kuantan sahaja