Friday, October 7, 2011

Sambutan Merdeka Raya PPD Kuantan 2011

Kuantan, 24 September 2011.

     Majlis sambutan Merdeka Raya PPD Kuantan 2011 telah diadakan bertempat di Dataran PPD Kuantan.  Majlis yang bermula tepat jam 10.00 pagi itu telah diraikan dengan begitu meriah oleh warga pendidikan daerah Kuantan.  Pelbagai juadah telah disediakan untuk jamuan para pengunjung.  Antara makanan yang telah disediakan ialah nasi kerabu, nasi dagang, soto, laksa, dan pelbagai juadah yang begitu menyelerakan.
      Pada majlis berkenaan, Badan GPK HEM (Menengah) telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan minuman kepada para pengunjung.  Hasil kerjasama dengan Badan GPK Pentadbiran dan Badan GPK Kokurikulum, pelbagai minuman panas, sejuk dan air buah-buahan telah disediakan untuk menjadi penghilang dahaga para pengunjung.  Keadaan ini telah menjadikan gerai ini sebagai gerai yang paling popular dan paling diminati oleh para pengunjung pada hari tersebut.
     Dalam pada itu juga, seperti yang dijangkakan, gerai Badan GPK HEM tidak berjaya untuk merebut tiga tempat teratas 'Anugerah Gerai Ceria'. Bagi tahun ini, anugerah tersebut telah menjadi milik gerai Majlis Guru Besar (MGB).  Walau bagaimanapun, ketiga-tiga Badan GPK berkenaan telah mengambil kata sepakat untuk mempertingkat usaha agar anugerah ini tidak lagi terlepas ke tangan pihak lain pada tahun hadapan.
     Pihak jawatankuasa Badan GPK HEM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua GPK HEM yang telah hadir membantu dan memeriahkan majlis pada hari tersebut.  Terima kasih juga diucapkan kepada rakan kongsi, Badan GPK Pentadbiran dan Badan GPK Kokurikulum.  Semoga kita berjumpa lagi.